Thursday, 27 December 2012

Tajarrud yang dilupai..




Sebuah peribadi yang digelar Tajarrud iaitu mempunyai sifat yang tulus dan Ikhlas dalam dakwah. Malah sentiasa menilai orang lain, organisasi, dan segala sesuatu dengan timbangan dakwah dan mempersembahkan jiwa dengan mudah iaitu tanpa rasa takut di jalan Allah SWT.
Selain itu, perlu menegakkan Islam di dalam hati setiap Muslim dan sentiasa tawakkal secara mutlak kepada Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang menerima keagungan Islam yang dibentangkan oleh Al Quran dan As Sunnah dan ia menyaksikan bahawa ianya adalah benar, dan tiada selepas kebenaran melainkan kesesatan maka ia perlu bertajarrud kerana Allah, tunduk dan patuh melaksanakan perintah Allah. Mengiltizamkan dirinya agar semua urusan dan kehidupan mereka sejajar dengan hukum hakam Allah dan segala perintahNYA.
Bahwasanya jalan dakwah itu adalah satu,  maka oleh kerana itu, berbagai dakwah yang diserukan oleh setiap jamaah atau kelompok tidak akan meraih keberhasilan jika tidak mampu melakukan ‘tajarrud’ dengan usaha membersihkan jiwa dari fikrah (ideologi) selainnya.
Ini adalah kerana dengan menguasai dakwah hanya pada akal dan perasaan mereka, maka tidak ada sesuatu apapun yang boleh membantu pendakwah dalam menghadapi berbagai ujian dan  rintangan di tengah jalan dakwah yang sukar kecuali ‘tajarrud’ kepada Allah dan ikhlas untukNya.
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Surah Al-An’aam : 162-163)
 ‘Tajarrud’ yang sempurna adalah tajarrud terhadap manhaj yang benar yang bersumber pada Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw serta berpegang teguh kepadanya dan tidak mudah melakukan persamaan dengan yang lainnya.
“Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus”. (Surah Az-Zukhruf : 43)
 Nabi saw bersabda :
 “Sungguh aku telah mewariskan kepada kamu (Hujjah) yang begitu terang, malam seperti siang, tidak menyimpang darinya setelahku kecuali akan hancur”. (HR Ahmad)
 Beliau saw juga bersabda :
 “Aku telah mewariskan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh pada keduanya, Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw”.
 Rasulullah saw sentiasa bertajarrud kepada Allah dan dakwah kepadaNya serta bertajarrud untuk menyampaikan dakwah tersebut. Wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment