Islam
itu indah..Islam itu sejahtera...sedarkah kita sebagai Muslim tentang nikmat
yang paling besar ini..sebelum itu marilah kita sama-sama menyingkap kembali
betapa manisnya Islam ini...tahukah kita tentang sejarah bangsa arab dahulu??
Pasti ramai yang sudah tahu tentang
bagaimana keadaan mereka , sebuah masyarakat padang pasir yang tidak bertamadun
, suka melakukan penindasan , kemusnahan dan macam – macam lagi..malahan mereka
adalah golongan manusia yang suka bertindak sesuka hati,contohnya berkahwin
dengan sesiapa yang mereka sukai tanpa mengira apa status mereka..ibu
merekakah?saudara perempuan merekah?
Begitu juga dengan keperibadian saidina
umar al-khattab..salah seorang pemimpin islam yang hebat , masyur dan juga
diantara sahabat yang telah dijanjikan syurga..betapa hebatnya beliau..tetapi
sebelum datangnya islam,beliau adalah diantara orang yang suka meminum khamar ,
berbuat maksiat , malahan juga sanggup membunuh anak perempuan kandung beliau
sendiri..tidakkah ini satu perbuatan yang kejam?
Tetapi sidang hadirin sekalian..itu semua
sebelum datangnya islam..lihatlah saudara seagama sekalian, betapa ajaibnya nur
islam itu kerana ia mampu mengubah sebuah bangsa arab yang penuh kejahilan
kepada satu bangsa yang amat bertamadun , hebat dan masyur sehingga pada
hari ini ,bahkan ramai cendikiawan-cendikiawan islam yang lahir daripada bangsa
arab sendiri..betapa Allah telah mengangkat mereka dengan ketinggian
islam..malahan saidina umar pun telah berjaya merasai kemanisan islam lantas ditinggalkan
segala perbuatan beliau sewaktu jahiliyyah dahulu..
Tahukah saudara saudari sekalian, kita
sepatutnya berasa amat –amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita telah
diberi dua nikmat yang paling besar,,iaitu nikmat iman dan juga nikmat islam..Allah
telah memilih kita sebagai hamba-Nya berbanding beribu-ribu manusia yang berada
di luar sana..untuk menganut agama islam yang syumul ini..sebagaimana firman
Allah S.W.T.
Yang bermaksud : Barang siapa yang diberi
petunjuk oleh Allah,maka dialah orang-orang yang mendapat petunjuk,dan barang
siapa yang disesatkan oleh Allah,maka merekalah orang-orang yang rugi (
al-aaraf 178 )
Justeru itu kita perlu tahu apa ertinya
kita menganut agama islam,adakah hanya sekadar ikutan agama nenek moyang semata
mata,jawapannya mestilah tidak sama sekali,oleh itu kita sepatutnya
bersyukur,kerana telah dilahirkan sebagai seorang muslim,dibesarkan dalam
keluarga islam,malah berada dalam masyarakat islam,Allah s.w.t telah memberikan
kita nikmat yang tidak terhingga,bermula kita dari membuka mata hingga kita
menutup mata semula,malahan,rahmat Allah seluas langit dan bumi,bahkan lebih
luas dari itu,tetapi apa yang berlaku sekarang cukup menyedihkan kerana ramai
yang beragama islam tetapi langsung tidak menunjukkan jati diri sebagai
islam.hanya tertera pada sijil pengenalan diri sahaja,pokoknya kita harus
terlebih dahulu menghayati agama islam yang sempurna ini.
Selain itu, kita perlu meletakkan agama
islam sebagai matlamat terbesar dalam kehidupan kita.kita mestilah mengikut
syariat dan panduan yang telah ditetapkan oleh islam,kerana setiap tingkah laku
kita pasti berkait rapat dengan islam,terutamanya kita sebagai mahasiswa
islam,iaitu golongan yang berpengaruh dan menjadi perhatian masyarakat
sekeliling.
Saudara seagamaku yang dicintai,
Adalah penting untuk kita merasai
kemanisan islam ini sebenarnya,kerana islam ini teramat indah dan besar
kenikmatannya sekiranya kita berusaha untuk mengecapinya,tetapi kemanisan itu
sudah hilang akibat bercampurnya dengan unsur-unsur jahiliah,cuba kita lihat
sekarang,ramai yang bertudung tetapi fesyen tudung yang melampau-lampau ,
contohnya memakai sanggul tinggi-tinggi,tidak cukup mendedahkan rambut mereka,disarung
pula pakaian ketat-ketat pada badan mereka,seperti sarung nangka.ini
kerana,cara berpakaian menurut syarak sudah tidak dipedulikan. Kita sebagai
seorang islam sepatutnya mengambil islam ini secara total..secara
menyeluruh,tidak boleh kita ambil separuh,tinggal separuh..keadaan inilah yang
menyebabkan kemanisan islam ini terganggu,menjadi tidak seimbang.
Tahukah saudara saudari sekalian..kehebatan
islam sudah bermula sejak zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W,seterusnya
diwarisi pada zaman para sahabat..iaitu para khulafa’ ar-rasyidin..pada zaman
khulafa’ ar-rasyidin inilah islam berjaya menakhluki 2/3 kuasa dunia..dengan
cara inilah islam tersebar dengan luas dan cepat .Bahkan penkaji-penkaji yang
berjaya menjumpai penemuan baru adalah datang daripada penkaji-penkaji
islam,contohnya ibnu nafis,orang yang telah berjaya menemukan sel-sel darah
kecil,al khazin yang berjaya membuat timbangan jisim-jisim yang berada didalam
air dan udara,juga ibnu khaldun sebagai seorang doktor,seorang ilmuan
sosiologi,seorang ilmuan kemanusian dan lain-lain lagi.
Cuba kita bandingkan agama islam ini dengan
agama-agama lain yang ada sekarang , islam jauh lebih hebat dan
sempurna.Contohnya dari segi ekonomi,islam mengharamkan terus riba supaya
masyarakat islam tidak merasa terbeban,dari segi undang-undang pula..islam
menghukum pencuri supaya harta orang-orang islam terjaga,hukuman terhadap
penzina juga, supaya nasab keturunan orang-orang islam terpelihara..malahan
dari segi kemasyarakatan pula..islam amat menekankan nilai-nilai murni sesama
manusia tanpa mengira kasta,keturunan ataupun golongan tertentu..didalam
islam,semuanya sama sahaja kecuali yang dapat membezakan mereka disisi Allah
adalah ketaqwaan semata-mata.
Bahkan agama islam ini juga sentiasa
menyuruh umat islam yang lain mengajak orang bukan islam kepada
islam,menyebarkan kemanisan islam ini seluas-luasnya kepada seluruh
manusia.malahan orang-orang yang sudah beragama islam disuruh kepada perkara
kebaikan.Inilah dia, kelebihan islam..sentiasa membawa manusia kepada kebaikan
,dan menyuruh menghindari kesesatan yang abadi sebagaimana firman Allah S.W.T..
Yang bermaksud : Barang siapa mencari agama
selain agama islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu ) daripadanya
dan diakhirat termasuk orang-orang yang merugi ( ali imran 85 )
Oleh
itu, ketahuilah saudara seislamku,nikmat Allah S.W.T. adalah lebih besar
berbanding dengan murkaNYA.,justeru itu kita perlu berpegang dengan islam,hidup
demi islam,berjuang untuk islam dan sentiasa mengusir anasir-anasir buruk yang
datang untuk menghancurkan keindahan islam yang telah diamanahkan oleh
Rasulullah S.A.W.. dalam khutbah terakhir baginda :
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau
Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Untuk akhirnya,marilah sama-sama kita
menilai betapa agungnya nikmat islam ini yang mudah-mudahan kita dapat
merasainya tanpa sebarang penyelewengan.Dan sebagai seorang muslim juga,kita
tidak boleh lari dari berpegang kepada AlQuran dan AsSunnah kerana
kedua-duanyalah yang memimpin kita dalam mengharungi cabaran kehidupan akhir
zaman ini,zaman yang melalui fasa kehancuran islam sebelum bangkitnya zaman
khilafah islam yang betul-betul mengikut acuan para nabi..kerana jika sekiranya
kita hanya memandang remeh agama islam ini..maka sia-sialah perjuangan
Rasulullah S.A.W. yang kita sedia maklum betapa perihnya perjuangan baginda
sebelum sampai ke tahap sekarang..
WaAllahua’lam..
No comments:
Post a Comment