Islam adalah agama yang sejahtera, berkasih sayang, penuh dengan
dengan kecintaan malah menolak segala bentuk keganasan dan peperangan tanpa
sebab yang munasabah. Di dalam Islam juga amat memandang tinggi terhadap
pejuang-pejuang Islam yang tidak pernah lelah untuk menegakkan kalimah Allah
ini. Bahkan pengertian Jihad juga mempunyai makna yang amat besar.
“ Jihad ialah usaha yang
bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimah Allah dan masyarakat Islam,
peperangan adalah sebahagian daripadanya. Matlamat Jihad ialah mendirikan
masyarakat Islam dan membentuk Negara Islam yang tulen.”
Kata-kata ini dipetik daripada Syeikh Dr. Ramadhan Al- Buti di dalam
kitab beliau ( Fiqh al- Sirah ).Muslim pada hari ini mungkin terlepas pandang akan kepentingan
berjihad, padahal ia adalah satu tuntutan kepada setiap manusia yang beragama
Islam. Jihad adalah daripada perkataan bahasa arab yang mengandungi banyak maksud
tetapi maksudnya masih seakan-akan walaupun agak berbeza.Jihad mengikut pandangan para Ulamak adalah banyak. Secara umumnya
berbeza dari segi pendapat tetapi makna Jihad secara istilah masih lagi
mempunyai maksud yang sama. Contohnya Muhammad Farid Wajdi pernah berkata di
dalam sebuah kitabnya Jihad ialah peperangan. Ia di syara’kan dalam Islam
kerana tiga sebab iaitu mempertahankan masyarakat daripada serangan musuh,
menyelamatkan urusan dakwah Islam dan menyebarkannya.
Islam adalah agama yang paling tinggi dan tiada yang paling tinggi
melainkannya. Risalah kebenaran ini juga satu perutusan dari Yang Maha Esa
melalui Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Perjuangan
yang bukan mudah ini dinamakan sebagai Jihad.Malah Wahbah al-Zuhayli pernah menyebut bahawa Jihad ialah menyeru
kepada agama dan kebenaran, termasuk juga memerangi orang yang tidak
menerimanya dengan harta dan nyawa.
Maksudnya :Diwajibkan kepada kamu berperang (Jihad) walaupun kamu membencinya,
semoga kamu membenci sesuatu dan ia adalah baik kepada kamu, dan semoga kamu
suka sesuatu dan ia adalah buruk untuk kamu dan Allah tahu sedangkan kamu tidak
mengetahuinya.
Perintah untuk berjihad kepada orang-orang Islam adalah melalui
beberapa peringkat yang tertentu. Diturunkan suruhan untuk berjihad ini
berdasarkan masa dan keadaan sama ada di Mekah atau Madinah.Pada peringkat yang pertama, Islam ketika itu di saat permulaan dan
di awal kemunculannya adalah masih
lemah. Dan Mekah juga merupakan destinasi yang pertama dalam menyebarkan
risalah kebenaran ini. Pada mulanya kerja menyebarkan dakwah ini dilakukan
dengan cara sembunyi-sembunyi. Tetapi setelah tiga tahun berdakwah secara rahsia,
Allah telah menurunkan perintah supaya dilakukan secara terang-terangan iaitu
di dalam Surah Al-Hijr, ayat 93:
Maksudnya :
Dan inilah peringkat pertama di dalam berjihad iaitu menyampaikan
risalah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNYA.Selain itu, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menggunakan
kekerasan semata-mata, ini menjadi bukti apabila pada peringkat kedua berjihad,
Islam menyuruh umat Islam menyebarkan dakwah dengan cara yang bijaksana,
berdebat dengan cara yang baik dan menyeru seluruh manusia untuk menyembah
Allah SWT Yang Maha Esa dengan menggunakan perkataan yang baik sahaja. Allah
SWT telah berfirman:
Maksudnya :
Kesimpulan yang dapat dilihat dari ayat ini adalah bahawa Jihad di
dalam Islam bukanlah hanya mengangkat pedang semata-mata. Kerana Islam itu
sifatnya adalah sejahtera jadi mustahil jika didakwa oleh sesetengah pihak
bahawa Islam ini adalah agama yang hanya suka menumpahkan darah.
Andai sudah terlaksananya perkara tersebut, maka umat Islam beralih
kepada peringkat ketiga iaitu diizinkan untuk berperang kerana umat Islam telah
ditindas dan disakiti oleh golongan kafir sebagaimana yang berlaku di Palestin
pada hari ini. Keizinan yang disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Al- Hajj,
ayat 39:tMaksudnya:Bahkan begitu juga dengan peringkat-peringkat yang seterusnya, dan
di dalam peringkat yang terakhir iaitu, Islam akan mendahulukan perdamaian.
Sekiranya pihak musuh menginginkan perdamaian, Islam tidak akan teragak-agak untuk
menerimanya demi untuk menegakkan kalimah yang agung ini. Malah memberi peluang
kepada mereka untuk mengenali Islam yang mulia ini dengan lebih dalam lagi.Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al- Anfal, ayat 61.
Maksudnya:Allah SWT talah berfirman di dalam Surah Az- Zukhruf, ayat 89.รดMaksudnya:Jihad ini terdapat dua hukum, iaitu fardhu ain ataupun fardhu
kifayah. Sepakat ulamak telah meletakkan Jihad di jalan Allah SWT ialah salah
satu fardhu daripada fardhu-fardhu agama berdasarkan dalil yang terdapat di
dalam Al Quran:
(Maksudnya:Sesungguhnya Jihad ini menjadi fardhu kifayah iaitu di mana
terlaksananya apabila sebahagian daripada orang-orang Islam telah pergi
berperang dan dan gugurlah kewajiban kepada bakinya tetapi apabila telah
berlaku tiga keadaan yang boleh mengubah hukum tersebut menjadi fardhu ain
berdasarkan beberapa sebab.1. Apabila bilangan yang tidak mencukupi untuk melemahkan musuh,
atau musuh tidak gerun dan gentar maka kewajipan Jihad adalah tertanggung
kepada seluruh orang Islam.2. Apabila diperintahkan oleh imam atau pemimpin, ia tidak boleh
ingkar kerana Jihad sudah menjadi fardhu ain ke atas umat Islam.3. Apabila Negara Islam diserang oleh musuh dan musuh bermaharajalela
dalam Negara Islam. Serangan ini sama ada berbentuk politik, ekonomi, budaya
dan lain-lain.Sekiranya umat Islam dalam keadaan-keadaan seperti di atas maka
fardhu kifayah telah bertukar kepada fardhu ain.Dalam kurun ke 20 ini, iaitu zaman yang serba moden ini, setelah
jatuhnya Khilafah Islam yang terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah pada bulan Mac
1924. Maka Negara-negara Islam yang lain turut
dijajah dalam setiap aspek kehidupan.Imam Hassan Al-Banna telah menyebut bahawa Jihad pada abad ke-20
adalah fardhu ain namun bentuk Jihad adalah berbeza Jihad yang dilakukan oleh
umat-umat terdahulu kerana mereka menghadapi serangan yang berbeza,tetapi umat
Islam di abad ini dan akan datang diserang dengan pelbagai bentuk di antaranya
serangan melalui politik, ekonomi, budaya, pemikiran, hiburan, dan lain-lain.
Setiap serangan tersebut wajib dipertahankan oleh seluruh umat. Oleh itu segala
amal yang dilakukan bersifat mempertahankan Islam di abad ini adalah termasuk
amal Jihad Islami dan akan mendapat ganjaran sebagai pahala Jihad di sisi Allah
SWT..Wallahua'lam.
assalamualaikum...
ReplyDelete