Sunday 30 August 2015

Aku pilih Islam dan bersama dengan jemaah yang tinggikan Islam

Thursday 3 January 2013

2013...

Ya Allah..Engkau berkatilah kehidupan kami selama ini..janganlah Engkau palingkan kami setelah Engkau berikan hidayah..Semoga di tahun yang baru ini dapat memperbaiki lagi peribadi kami Ya Allah..hidupku, matiku, amalanku hanya untuk Kamu..

Monday 31 December 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Gelaran ‘ustaz youtube’ yang diberikan kepada ustaz Azhar Idrus semakin dikenali pada hari ini dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam terutamanya golongan belia. Fenomena ini dilihat satu revolusi baru yang tidak dijangka tatkala ramai pendakwah bebas yang berlumba-lumba untuk memikat hati para anak muda supaya dekat dengan Islam maka ianya boleh dianggap sebagai satu fenomena baru yang digelar “ fenomena ustaz Azhar Idrus”.Ternyata kemunculan ustaz kelahiran Terengganu ini berjaya membuat satu perubahan yang besar kepada umat Islam di mana mereka mula menerima sedikit demi sedikit cahaya kebenaran yang telah lama dilupakan oleh mereka pada hari ini. Bahkan wujudnya golongan belia yang telah tersasar dari landasan Islam yang sebenarnya seperti Mat Rempit, penagih dadah, bekas banduan dan yang sewaktu dengannya juga tidak terkecuali daripada terkena tempias ini.Malahan, salah satu faktor tercetusnya fenomena ini adalah disebabkan kemunculan media baru ini. Tidak ada keraguan lagi, kemunculan media baru ini merupakan salah satu medium dakwah yang menjadi peluang keemasan kepada para pendakwah. Bahkan, pada era masa kini, mustahil bagi sesiapa yang langsung tidak mengenali apa itu “FACEBOOK”, ini kerana ianya merupakan satu gejala baru di dalam masyarakat tanpa mengira yang tua, muda, miskin dan kaya.Ramai yang mendakwa, penyampaian yang disampaikan oleh ustaz Azhar ini adalah paling popular kerana teknik ceramah beliau dapat mendekati golongan Muslim pada hari ini. Teknik yang dimaksudkan ialah dengan lawak yang bersahaja dan bahasa yang diguna pakai terlalu sempoi. Bahkan setiap kuliah yang disampaikan oleh beliau pasti akan dibanjiri ribuan peminat seolah-olah penonton sesebuah konsert. Tambahan, kemudahan dan kepantasan media massa dalam menyebarkan sesuatu maklumat digunakan sebaiknya oleh penggemar ilmu Islam yang cepat bertindak. Mereka akan memuat naik video-video ceramah terbaru ustaz terbabit dengan kadar segera.Malahan, nama ustaz Azhar juga menjadi sebutan ketika bersembang di kedai kopi, warung dan seumpamanya. Bahkan ada juga pihak yang berani memasang cakera padat ceramah beliau di tempat awam contohnya di dalam bas, kedai makan, dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung masyarakat dapat didedahkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan Islam dengan lebih terperinci.Tetapi media massa kerajaan yang bersifat berat sebelah tidak membenarkan kemunculan beliau diuar-uarkan. Justeru, munculnya sesetengah pihak yang bertanggungjawab mengambil berat tentang keadaan ummah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam jiwa masyarakat Muslim.Terbaru, majalah-majalah Islam juga tidak ketinggalan dalam membuat liputan istimewa tentang peribadi beliau seperti An-Nur, Solusi dan sebagainya. Kisah beliau menjadi bahan utama, bahkan menjadi sumber inspirasi kepada golongan penuntut ilmu. Gambar wajah beliau juga turut dijadikan sebagai hiasan pada baju-baju, sticker kenderaan dan sebagainya.Malahan, inilah yang banyak membantu meningkatkan populariti beliau setanding dengan gelaran “bintang paling popular” di Malaysia. Justeru, pendekatan inilah yang telah berjaya mengubah persepsi sesetengah masyarakat pada hari ini supaya mendekati Islam yang sudah lama dilupakan.Kesimpulannya, kemunculan baru ini merupakan satu titik permulaan kepada ribuan pendakwah yang berada di luar sana di mana mereka masih teragak-agak untuk menceburi bidang dakwah. Tambahan pula, ianya perlu menjadi suntikan semangat kepada golongan ini supaya mereka dapat mengubah Muslim ke arah husnul khatimah. Wallahua’lam.

Jihad yang sebenarnya....


Islam adalah agama yang sejahtera, berkasih sayang, penuh dengan dengan kecintaan malah menolak segala bentuk keganasan dan peperangan tanpa sebab yang munasabah. Di dalam Islam juga amat memandang tinggi terhadap pejuang-pejuang Islam yang tidak pernah lelah untuk menegakkan kalimah Allah ini. Bahkan pengertian Jihad juga mempunyai makna yang amat besar.
 “ Jihad ialah usaha yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimah Allah dan masyarakat Islam, peperangan adalah sebahagian daripadanya. Matlamat Jihad ialah mendirikan masyarakat Islam dan membentuk Negara Islam yang tulen.”
Kata-kata ini dipetik daripada Syeikh Dr. Ramadhan Al- Buti di dalam kitab beliau ( Fiqh al- Sirah ).Muslim pada hari ini mungkin terlepas pandang akan kepentingan berjihad, padahal ia adalah satu tuntutan kepada setiap manusia yang beragama Islam. Jihad adalah daripada perkataan bahasa arab yang mengandungi banyak maksud tetapi maksudnya masih seakan-akan walaupun agak berbeza.Jihad mengikut pandangan para Ulamak adalah banyak. Secara umumnya berbeza dari segi pendapat tetapi makna Jihad secara istilah masih lagi mempunyai maksud yang sama. Contohnya Muhammad Farid Wajdi pernah berkata di dalam sebuah kitabnya Jihad ialah peperangan. Ia di syara’kan dalam Islam kerana tiga sebab iaitu mempertahankan masyarakat daripada serangan musuh, menyelamatkan urusan dakwah Islam dan menyebarkannya.
Islam adalah agama yang paling tinggi dan tiada yang paling tinggi melainkannya. Risalah kebenaran ini juga satu perutusan dari Yang Maha Esa melalui Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Perjuangan yang bukan mudah ini dinamakan sebagai Jihad.Malah Wahbah al-Zuhayli pernah menyebut bahawa Jihad ialah menyeru kepada agama dan kebenaran, termasuk juga memerangi orang yang tidak menerimanya dengan harta dan nyawa.
Maksudnya :Diwajibkan kepada kamu berperang (Jihad) walaupun kamu membencinya, semoga kamu membenci sesuatu dan ia adalah baik kepada kamu, dan semoga kamu suka sesuatu dan ia adalah buruk untuk kamu dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Perintah untuk berjihad kepada orang-orang Islam adalah melalui beberapa peringkat yang tertentu. Diturunkan suruhan untuk berjihad ini berdasarkan masa dan keadaan sama ada di Mekah atau Madinah.Pada peringkat yang pertama, Islam ketika itu di saat permulaan dan di awal  kemunculannya adalah masih lemah. Dan Mekah juga merupakan destinasi yang pertama dalam menyebarkan risalah kebenaran ini. Pada mulanya kerja menyebarkan dakwah ini dilakukan dengan cara sembunyi-sembunyi. Tetapi setelah tiga tahun berdakwah secara rahsia, Allah telah menurunkan perintah supaya dilakukan secara terang-terangan iaitu di dalam Surah Al-Hijr, ayat 93:
Maksudnya :
Dan inilah peringkat pertama di dalam berjihad iaitu menyampaikan risalah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNYA.Selain itu, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menggunakan kekerasan semata-mata, ini menjadi bukti apabila pada peringkat kedua berjihad, Islam menyuruh umat Islam menyebarkan dakwah dengan cara yang bijaksana, berdebat dengan cara yang baik dan menyeru seluruh manusia untuk menyembah Allah SWT Yang Maha Esa dengan menggunakan perkataan yang baik sahaja. Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya :
Kesimpulan yang dapat dilihat dari ayat ini adalah bahawa Jihad di dalam Islam bukanlah hanya mengangkat pedang semata-mata. Kerana Islam itu sifatnya adalah sejahtera jadi mustahil jika didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Islam ini adalah agama yang hanya suka menumpahkan darah.
Andai sudah terlaksananya perkara tersebut, maka umat Islam beralih kepada peringkat ketiga iaitu diizinkan untuk berperang kerana umat Islam telah ditindas dan disakiti oleh golongan kafir sebagaimana yang berlaku di Palestin pada hari ini. Keizinan yang disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Al- Hajj, ayat 39:tMaksudnya:Bahkan begitu juga dengan peringkat-peringkat yang seterusnya, dan di dalam peringkat yang terakhir iaitu, Islam akan mendahulukan perdamaian. Sekiranya pihak musuh menginginkan perdamaian, Islam tidak akan teragak-agak untuk menerimanya demi untuk menegakkan kalimah yang agung ini. Malah memberi peluang kepada mereka untuk mengenali Islam yang mulia ini dengan lebih dalam lagi.Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al- Anfal, ayat 61.
Maksudnya:Allah SWT talah berfirman di dalam Surah Az- Zukhruf, ayat 89.รดMaksudnya:Jihad ini terdapat dua hukum, iaitu fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Sepakat ulamak telah meletakkan Jihad di jalan Allah SWT ialah salah satu fardhu daripada fardhu-fardhu agama berdasarkan dalil yang terdapat di dalam Al Quran:
(Maksudnya:Sesungguhnya Jihad ini menjadi fardhu kifayah iaitu di mana terlaksananya apabila sebahagian daripada orang-orang Islam telah pergi berperang dan dan gugurlah kewajiban kepada bakinya tetapi apabila telah berlaku tiga keadaan yang boleh mengubah hukum tersebut menjadi fardhu ain berdasarkan beberapa sebab.1. Apabila bilangan yang tidak mencukupi untuk melemahkan musuh, atau musuh tidak gerun dan gentar maka kewajipan Jihad adalah tertanggung kepada seluruh orang Islam.2. Apabila diperintahkan oleh imam atau pemimpin, ia tidak boleh ingkar kerana Jihad sudah menjadi fardhu ain ke atas umat Islam.3. Apabila Negara Islam diserang oleh musuh dan musuh bermaharajalela dalam Negara Islam. Serangan ini sama ada berbentuk politik, ekonomi, budaya dan lain-lain.Sekiranya umat Islam dalam keadaan-keadaan seperti di atas maka fardhu kifayah telah bertukar kepada fardhu ain.Dalam kurun ke 20 ini, iaitu zaman yang serba moden ini, setelah jatuhnya Khilafah Islam yang terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah pada bulan Mac 1924. Maka Negara-negara Islam yang lain turut  dijajah dalam setiap aspek kehidupan.Imam Hassan Al-Banna telah menyebut bahawa Jihad pada abad ke-20 adalah fardhu ain namun bentuk Jihad adalah berbeza Jihad yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu kerana mereka menghadapi serangan yang berbeza,tetapi umat Islam di abad ini dan akan datang diserang dengan pelbagai bentuk di antaranya serangan melalui politik, ekonomi, budaya, pemikiran, hiburan, dan lain-lain. Setiap serangan tersebut wajib dipertahankan oleh seluruh umat. Oleh itu segala amal yang dilakukan bersifat mempertahankan Islam di abad ini adalah termasuk amal Jihad Islami dan akan mendapat ganjaran sebagai pahala Jihad di sisi Allah SWT..Wallahua'lam.



Manisnya nikmat ISLAM....


Islam itu indah..Islam itu sejahtera...sedarkah kita sebagai Muslim tentang nikmat yang paling besar ini..sebelum itu marilah kita sama-sama menyingkap kembali betapa manisnya Islam ini...tahukah kita tentang sejarah bangsa arab dahulu??
Pasti ramai yang sudah tahu tentang bagaimana keadaan mereka , sebuah masyarakat padang pasir yang tidak bertamadun , suka melakukan penindasan , kemusnahan dan macam – macam lagi..malahan mereka adalah golongan manusia yang suka bertindak sesuka hati,contohnya berkahwin dengan sesiapa yang mereka sukai tanpa  mengira apa status mereka..ibu merekakah?saudara perempuan merekah?
Begitu juga dengan keperibadian saidina umar al-khattab..salah seorang pemimpin islam yang hebat , masyur dan juga diantara sahabat yang telah dijanjikan syurga..betapa hebatnya beliau..tetapi sebelum datangnya islam,beliau adalah diantara orang yang suka meminum khamar , berbuat maksiat , malahan juga sanggup membunuh anak perempuan kandung beliau sendiri..tidakkah ini satu perbuatan yang kejam?
Tetapi sidang hadirin sekalian..itu semua sebelum datangnya islam..lihatlah saudara seagama sekalian, betapa ajaibnya nur islam itu kerana ia mampu mengubah sebuah bangsa arab yang penuh kejahilan kepada satu  bangsa yang amat bertamadun , hebat dan masyur sehingga pada hari ini ,bahkan ramai cendikiawan-cendikiawan islam yang lahir daripada bangsa arab sendiri..betapa Allah telah mengangkat mereka dengan ketinggian islam..malahan saidina umar pun telah berjaya merasai kemanisan islam lantas ditinggalkan segala perbuatan beliau sewaktu jahiliyyah dahulu..
Tahukah saudara saudari sekalian, kita sepatutnya berasa amat –amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita telah diberi dua nikmat yang paling besar,,iaitu nikmat iman dan juga nikmat islam..Allah telah memilih kita sebagai hamba-Nya berbanding beribu-ribu manusia yang berada di luar sana..untuk menganut agama islam yang syumul ini..sebagaimana firman Allah S.W.T.
Yang bermaksud : Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah,maka dialah orang-orang yang mendapat petunjuk,dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah,maka merekalah orang-orang yang rugi ( al-aaraf 178 )   
Justeru itu kita perlu tahu apa ertinya kita menganut agama islam,adakah hanya sekadar ikutan agama nenek moyang semata mata,jawapannya mestilah tidak sama sekali,oleh itu kita sepatutnya bersyukur,kerana telah dilahirkan sebagai seorang muslim,dibesarkan dalam keluarga islam,malah berada dalam masyarakat islam,Allah s.w.t telah memberikan kita nikmat yang tidak terhingga,bermula kita dari membuka mata hingga kita menutup mata semula,malahan,rahmat Allah seluas langit dan bumi,bahkan lebih luas dari itu,tetapi apa yang berlaku sekarang cukup menyedihkan kerana ramai yang beragama islam tetapi langsung tidak menunjukkan jati diri sebagai islam.hanya tertera pada sijil pengenalan diri sahaja,pokoknya kita harus terlebih dahulu menghayati agama islam yang sempurna ini.
Selain itu, kita perlu meletakkan agama islam sebagai matlamat terbesar dalam kehidupan kita.kita mestilah mengikut syariat dan panduan yang telah ditetapkan oleh islam,kerana setiap tingkah laku kita pasti berkait rapat dengan islam,terutamanya kita sebagai mahasiswa islam,iaitu golongan yang berpengaruh dan menjadi perhatian masyarakat sekeliling.
Saudara seagamaku yang dicintai,
 Adalah penting untuk kita merasai kemanisan islam ini sebenarnya,kerana islam ini teramat indah dan besar kenikmatannya sekiranya kita berusaha untuk mengecapinya,tetapi kemanisan itu sudah hilang akibat bercampurnya dengan unsur-unsur jahiliah,cuba kita lihat sekarang,ramai yang bertudung tetapi fesyen tudung yang melampau-lampau , contohnya memakai sanggul tinggi-tinggi,tidak cukup mendedahkan rambut mereka,disarung pula pakaian ketat-ketat pada badan mereka,seperti sarung nangka.ini kerana,cara berpakaian menurut syarak sudah tidak dipedulikan. Kita sebagai seorang islam sepatutnya mengambil islam ini secara total..secara menyeluruh,tidak boleh kita ambil separuh,tinggal separuh..keadaan inilah yang menyebabkan kemanisan islam ini terganggu,menjadi tidak seimbang.
Tahukah saudara saudari sekalian..kehebatan islam sudah bermula sejak zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W,seterusnya diwarisi pada zaman para sahabat..iaitu para khulafa’ ar-rasyidin..pada zaman khulafa’ ar-rasyidin inilah islam berjaya menakhluki 2/3 kuasa dunia..dengan cara inilah islam tersebar dengan luas dan cepat .Bahkan penkaji-penkaji yang berjaya menjumpai penemuan baru adalah datang daripada penkaji-penkaji islam,contohnya ibnu nafis,orang yang telah berjaya menemukan sel-sel darah kecil,al khazin yang berjaya membuat timbangan jisim-jisim yang berada didalam air dan udara,juga ibnu khaldun sebagai seorang doktor,seorang ilmuan sosiologi,seorang ilmuan kemanusian dan lain-lain lagi.
Cuba kita bandingkan agama islam ini dengan agama-agama lain yang ada sekarang , islam jauh lebih hebat dan sempurna.Contohnya dari segi ekonomi,islam mengharamkan terus riba supaya masyarakat islam tidak merasa terbeban,dari segi undang-undang pula..islam menghukum pencuri supaya harta orang-orang islam terjaga,hukuman terhadap penzina juga, supaya nasab keturunan orang-orang islam terpelihara..malahan dari segi kemasyarakatan pula..islam amat menekankan nilai-nilai murni sesama manusia tanpa mengira kasta,keturunan ataupun golongan tertentu..didalam islam,semuanya sama sahaja kecuali yang dapat membezakan mereka disisi Allah adalah ketaqwaan semata-mata.
Bahkan agama islam ini juga sentiasa menyuruh umat islam yang lain mengajak orang bukan islam kepada islam,menyebarkan kemanisan islam ini seluas-luasnya kepada seluruh manusia.malahan orang-orang yang sudah beragama islam disuruh kepada perkara kebaikan.Inilah dia, kelebihan islam..sentiasa membawa manusia kepada kebaikan ,dan menyuruh menghindari kesesatan yang abadi sebagaimana firman Allah S.W.T..
Yang bermaksud : Barang siapa mencari agama selain agama islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu )  daripadanya dan diakhirat termasuk orang-orang yang merugi ( ali imran 85 )

Oleh itu, ketahuilah saudara seislamku,nikmat Allah S.W.T. adalah lebih besar berbanding dengan murkaNYA.,justeru itu kita perlu berpegang dengan islam,hidup demi islam,berjuang untuk islam dan sentiasa mengusir anasir-anasir buruk yang datang untuk menghancurkan keindahan islam yang telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W.. dalam khutbah terakhir baginda :
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Untuk akhirnya,marilah sama-sama kita menilai betapa agungnya nikmat islam ini yang mudah-mudahan kita dapat merasainya tanpa sebarang penyelewengan.Dan sebagai seorang muslim juga,kita tidak boleh lari dari berpegang kepada AlQuran dan AsSunnah kerana kedua-duanyalah yang memimpin kita dalam mengharungi cabaran kehidupan akhir zaman ini,zaman yang melalui fasa kehancuran islam sebelum bangkitnya zaman khilafah islam yang betul-betul mengikut acuan para nabi..kerana jika sekiranya kita hanya memandang remeh agama islam ini..maka sia-sialah perjuangan Rasulullah S.A.W. yang kita sedia maklum betapa perihnya perjuangan baginda sebelum sampai ke tahap sekarang..
WaAllahua’lam..


Benarkah agama tidak boleh bercampur dengan politik???


Agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Tetapi  tidak ramai Muslim pada hari ini banyak berbicara mengenai Islam dan politik melainkan dua perkara ini didapati telah diasingkan kedua-duanya. Dan telah meletakkan setiap satu dari kedua perkara ini pada sisi yang berbeza.
Menurut persepsi orang ramai kedua-dua unsur ini tidak mungkin bertemu dan bersatu. Dari sini dinamakan sesebuah persatuan sebegini persatuan Islam, bukannya persatuan politik, iaitu pertemuan keagamaan yang tidak berbaur politik. Dapat dilihat pada isi kandungan perundangan Persatuan Islam dan dasarnya iaitu jangan mencampuradukan persatuan dengan urusan politik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“ (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,”..”(yaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”( Surah Al-Hajj, ayat 41-42)

Hassan Al Banna (1948) ketika di tanya tentang Jemaah Ikhwan dan politik Mesir, beliau menjawab bahawa Ikhwan tidak terlibat dalam politik secara murahan iaitu dengan tujuan untuk menjatuhkan orang lain dan mengangkat kebaikan dirinya. Namun Ikhwan mnyertai politik kerana ia adalah tanggungjawab besar bagi Umat Islam di akhir abad ini.
Bahkan Imam Hassan Al Banna telah mengutarakan dua pandangan beliau di dalam perkara ini iaitu pandangan yang pertama: Sesungguhnya perbezaan adalah jauh antara berparti dan berpolitik. Adakalanya ia bersatu dan adakalanya berpecah. Adakalanya seseorang itu berpolitik dengan segala makna yang terkandung pada kalimah tersebut sedangkan dia tidak berhubung apa-apa parti dan tiada kaitan.
Adakalanya ia adalah orang parti sedangkan tidak tahu langsung berkaitan soal politik. Adakalanya digabungkan antara keduanya maka ia adalah orang politik yang berparti atau orang parti yang tidak berpolitik secara saksama. Apabila saya berbicara tentang politik dengan kalimah ini, saya maksudkan ialah politik yang mutlak, iaitu melihat hal-ehwal dalaman umat dan luarannya tanpa mengaitkan dengan kepartian sama sekali. Ini satu perkara.
Pandangan kedua: Orang-orang bukan Islam apabila jahil tentang Islam atau tidak berupaya untuk berhadapan dengan kecekalan penganutnya dan Islam kuat berpaut di jiwa kaum muslimin, serta kesediaan kaum muslimin untuk berkorban dengan jiwa dan harta, maka mereka tidak cuba untuk mencemari nama Islam yang terpahat di jiwa muslimin atau mencemari fenomena dan perilaku zahir Islam, tetapi mereka cuba untuk membataskan makna Islam pada skop sempit yang boleh melenyapkan segala aspek kekuatan amali Islam.
Jika ada yang ditinggalkan pada kaum muslimin ia hanyalah kulit yang meliputi gelaran-gelaran, gambaran zahir dan bentuk-bentuk lahiriyyah yang tidak memberi manfa’at. Mereka mengajar orang Islam bahawa sesungguhnya Islam adalah perkara yang lain dan sosial adalah perkara yang lain pula. Islam adalah perkara lain dan undang-undang adalah perkara lain, Islam lain dan permasalahan ekonomi adalah perkara lain yang tiada hubungan dengannya.
Islam adalah perkara lain dan kebudayaaan umum adalah perkara yang lain. Sesungguhnya Islam adalah perkara lain yang perlu berjauhan dengan politik.
Ceritakanlah kepadaku dengan nama Tuhanmu wahai saudara sekalian, sekiranya Islam adalah lain dari poltik, sosial, ekonomi, kebudayaan maka Islam apakah ini? Adakah ia semata-mata rakaat yang kosong dari hati khusyu’ atau hanyalah kata-kata yang diungkapkan oleh Rabiah Adawiyyah: “ Istighfar berhajat kepada istighfar yang lain.” Tidakkah kerana ini wahai saudara sekalian Al Quran menurunkan sistem yang sempurna, penimbangtara dan terperinci:

Islam adalah agama yang lengkap lagi sempurna. Al Quran telah membentangkan kepada umatnya seluruh persoalan hidup, Al Quran menceritakan pemimpin yang zalim dan diktator seperti Fir’aun dab Namrud. Al Quran juga menyebut kepimpinan yang adil lagi telus seperti Nabi Yusuf, Sulaiman dan lain-lain.
Islam mempunyai undang-undang dan sistem kehakiman yang tersendiri. Undang-undang Islam yang menggabungkan persoalan fizikal dan rohani membuktikan Islam adalah agama yang mampu mentadbir politik dan Negara.
Pergerakan politik dalam Islam ialah berpunca daripada agama ini mengambil berat persoalan umat. Di mana setiap umat berhak mendapatkan keadilan dan mereka mesti dibela apabila ditindas oleh pihak lain. Pemisahan politik daripada Islam akan menyebabkan berlakunya kepada kepada pemisahan kehidupan daripada Islam. 
Politik juga ialah pengurusan hal ehwal manusia. Hal ehwal manusia adalah sangat luas dan banyak sebagaimana luasnya kegiatan manusia. Secara kasarnya bidang utama kehidupan manusia ialah ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, ketenteraan, perniagaan, kewartawanan, keusahawan dan lain-lain.
Segala kegiatan di atas akan berkembang mengikut arus politik. Sekiranya politik itu meletakkan Islam sebagai asasnya maka seluruh kegiatan tersebut akan menjadi Islamik. Oleh itu, pemisahan politik daripada Islam adalah pemisahan kehidupan daripada Islam seluruhnya.
Politik tanpa Islam ialah politik sekular, di mana para penganutnya akan melakukan apa sahaja untuk mencapai puncak kekuasaan yang dihajatinya. Mereka tidak mengenal dosa dan pahala, curang dan setia, lawan dan kawan, ia adalah politik yang tidak berpanduan dan beretika.
Dan ianya adalah politik nafsu dan mengikut kehendak naluri semata-mata. Adapun politik yang dibangunkan atas asas Ekonomi Liberalisme, Komunisme, Sosiolis-Nasionalisme, Sosialis-Demokrasi adalah kaedah yang sementara, di mana ia hanya dapat mengubat penyakit untuk sementara waktu sahaja.
Politik sekular adalah bertentangan dengan Islam, Muhammad ‘imarah berhujjah dengan sejarah Saidina Abu Bakar (r.a) yang bertekad untuk menyerang kaum murtad kerana tidak membayar zakat dan menolak logika Umar Al-Khatab yang memberi hujahnya.
Bermaksud: Bagaimanakah kamu mahu memerangi mereka sedangkan mereka mengucap dua kalimah syahadah.
Tetapi Saidina Abu Bakar berkata yang bermaksud: Demi Allah, kalau mereka menegah walau sedikit apa yang mereka laksanakan di zaman Rasulullah ( s.a.w.), pasti aku akan perangi mereka.
Ini menunjukkan bahawa Saidina Abu Bakar memahami tentang kaitan antara agama dan kekuasaan politik kerana fardhu zakat tidak dapat berjalan dengan baik sekiranya tidak ada kuasa politik mencampurinya.
Politik Islam adalah wajib dilaksanakan kerana Islam adalah agama kehidupan dan bukan agama untuk ibadah semata-mata.
Namun jika kita membuka lembaran Al Quran kita tidak menemui Al Quran menyatakan secara langsung menyatakan wajibnya berpolitik. Al Quran telah mewajibkan melaksanakan tuntutan-tuntutan agama, di mana segala tuntutan itu adalah mustahil dapat dilaksanakan tanpa politik dan Negara.
Contohnya melaksanakan undang-undang hudud, qisas, ta’zir, zakat, penghapusan riba dan lain-lain. Kesemua tuntutan di atas tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui politik dan sebuah Negara Islam.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berpolitik, ini dibuktikan dengan tertegaknya sebuah Negara Islam yang pertama, ditubuhkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Madinah Al Munawwarah. Ia digelar Darul Hijrah. Semuja Negara yang berada di luar Kota Madinah digelar Negara Kufr dan Negara Harb. Negara Islam terus bertambah luas hasil daripada pembukaan kota-kota dan penyatuan Negara-negara berhampiran.
Malahan, Rasulullah juga menggunakan masjid sebagai medan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan urusan pemerintahan Negara. Tidak cukup dengan itu, masjid juga digunakan sebagai tempat untuk bermusyawarah, berbaiah dan sebagainya.
Sekiranya kuasa politik tidak dibenarkan dikuasai oleh Nabi SAW bagaimana Islam boleh menakhluki 2/3 kuasa dunia yang seterusnya disambung perjuangan dakwah baginda oleh para Khulafa’ Ar- Rasyidin dan khalifah Islam sehingga pada hari ini. Begitu juga dengan sejarah kegemilangan Islam semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Khalifah Harun Ar-Rasyid, Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain lagi.
Sejarah inilah yang membuktikan bahawa Islam telah lama mengamalkan politik Islam. Tiada istilah yang boleh mendakwa Islam mengasingkan politik daripada kehidupan. Hal inilah yang perlu dijadikan hujjah yang kuat untuk menangkis persepsi sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Islam dan politik tidak boleh dicampuradukkan. Kerana politik yang tidak bertamadun memerlukan Islam sebagai petunjuk dan panduan bagi melaksanakan sistem pemerintahan yang sempurna malah begitu juga sebaliknya.

Thursday 27 December 2012

Tuntutan doa dan zikir..terapi diri,selami jiwa



Sebagai seorang Muslim, doa dan zikir perlu menjadi pendamping diri seseorang Muslim itu tanpa mengira masa, tempat dan keadaan. Bahkan di dalam kehidupan pada masa moden ini, dua perkara ini perlu menjadi pakaian kepada masyarakat Islam. Tidak perlu merasa susah melakukan dua amalan ini kerana doa dan zikir boleh dilakukan secara perlahan sekiranya kita berada di dalam keadaan yang tidak membenarkan kita untuk melakukannya secara kuat, begitu juga sebaliknya.
Doa itu bekal, doa itu senjata, jika para anbiya saban malam , bersengkang mata memohon perjuangan mereka dirahmati ILAHI, apatah lagi kita sebagai hamba nina dina ini, Yang akan terus melangkah jauh. Jadi, mengapa harus lalai untuk meminta? Jangan sombong dengan Khaliq kerana DIAlah yang amat mengetahui Apa yang diperlukan oleh hamba-NYA. Sesungguhnya, apa yang diberi oleh ALLAH adalah lebih banyak berbanding apa yang dipinta!!!.
Allah telah berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi:

AKU terserah persangkaan hamba-KU. AKU bersamanya ( membaeri rahmat dan membelanya ) apabila dia menyebut nama-KU. Apabila dia menyebuta nama-Ku dalam dirinya, AKU menyebut namanya pada diri-KU. Apabila dia menyebut nama-KU dalam perkumpulan orang ramai, AKU menyebutnya dalam perkumpulan lebih banyak daripada mereka . Apabila dia dekat kepada-KU sejengkal ( dengan melakukan amal soleh atau berkata baik ) , maka AKU akan mendekatinya sehasta. Apabila dia dekat kepada-KU sehasta, maka AKU akan mendekatinya sedepa. Apabila dia datang kepada-KU dengan berjalan
( biasa ) , maka AKU mendatanginya dengan berlari.
Berdasarkan kandungan hadis Qudsi ini, sedarkah kita bahawa Allah SWT amat menyukai hamba-NYA berdoa kepada-NYA, sentiasa meminta kepada-NYA , sentiasa mengingati-NYA, sentiasa menyebut nama-NYA dan sentiasa meminta pertolongan-NYA. Justeru, kita perlu sentiasa melakukan hal-hal demikian kerana tuntutan doa dan zikir di dalam kehidupan seharian seseorang Muslim itu amat penting.
Pernah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada baginda supaya baginda mendoakan dirinya supaya menjadi di antara orang-orang yang makbul doanya tetapi baginda menjawab supaya Saad bin Waqqas ini memakan makanan yang baik, ( halal ) pasti beliau akan menjadi orang yang makbul doanya. Dan Rasulullah juga menegaskan bahawa orang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, ( perutnya ) maka Allah SWT tidak akan memakbulkan doanya selama 40 hari. Malahan tempat untuk orang-orang yang suka memakan makanan yang haram adalah neraka yang paling berhak ke atas diri mereka.
Justeru, seseorang itu perlu mengetahui tatacara berdoa sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w antaranya adalah perlu mengelakkan dari memakan atau memasukkan ke dalam badan sesuatu yang haram. Seorang individu yang bergelar Muslim perlu menitikberatkan asas pengambilan makanan yang halal dan menjauhi makanan yang tidak diketahui status halal atau haramnya. Kerana Allah SWT memerintahkan kepada hamba-NYA untuk memakan makanan yang dibenarkan oleh-NYA, Justeru , ini merupakan satu bentuk ketaatan kita terhadap Sang Pencipta dalam memenuhi segala perintah-NYA.  
Sebagaimana telah disebut di dalam Al Quran :

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.-   
Surah Al Baqarah : 168

Selain itu, kita perlu mengetahui waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa, memang kita boleh berdoa di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi sekiranya berdoa pada waktu-waktu pada saat yang tepat dapat memudahkan doa kita untuk termakbul, InsyaAllah..
Di antara waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa ialah pada waktu tengah malam, sepertiga malam sehingga ke fajar, antara azan dan iqamah, ketika sujud, pada bulan Ramadhan, ketika khatib duduk di antara dua khutbah pada solat jumaat dan pada malam lailatulqadar. Dan Nabi Muhammad s.a.w juga pernah berkata bahawa waktu yang paling baik juga adalah ketika sujud terakhir solat fardhu.
Terdapat juga hari-hari yang baik untuk berdoa iaitu pada hari Arafah, hari Jumaat, hari waktu sahur, ketika turun hujan, saat mulai pertempuran, dalam ketakutan dan juga ketika sedang bersedih. Malahan orang-orang yang makbul doanya adalah seorang yang keluar bermusafir dengan tujuan yang baik, orang yang menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan, orang Islam yang mendoakan rakannya ketika berjauhan, doa orang soleh, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka, doa seorang penguasa yang adil dan doa orang yang teraniayai sebagaimana yang telah disebut di dalam sebuah hadis iaitu :
 Ada tiga orang yang tidak akan ditolak doa mereka : orang yang berpuasa hingga dia berbuka, seorang penguasa yang adil dan doa orang yang dianiyai. Doa mereka diangkat Allah SWT ke atas awan dan dibukakan baginya pintu langit dan Allah SWT berfirman, “ Demi Keperkasaan-KU, AKU akan memenangkanmu ( menolongmu ) meskipun tidak segera. Hadis Riwayat at-Tirmidzi